Pendapatan Bawah dari RM2,300 Sebulan Dikira Miskin!
MENGIKUT pengiraan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu mendapati PGK nasional 2019 ialah RM2,208 – berada dalam kelompok 10% terbawah isi rumah di negara. Senang cakap pendapatan RM2,300 kebawah boleh dikategorikan sebagai 'miskin bandar' bagi masyarakat kotaraya. Sesebuah isi rumah dikategorikan sebagai miskin mutlak jika pendapatan keseluruhan isi rumahnya berada di bawah paras nilai PGK ini.
Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS) 2019 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), kadar kemiskinan adalah 5.6% (405,441 isi rumah) bagi 2019. Bagi 2016, peratusannya adalah 7.6% (525,743 isi rumah) jika mengikut pengiraan PGK baharu.
Sebanyak 405,441 isi rumah miskin daripada keseluruhan 7.3 juta isi rumah, 70.4% adalah isi rumah yang mempunyai bilangan ahli melebihi 4 orang. Ini diikuti dengan isi rumah yang mempunyai seramai 4 orang ahli dengan 13.3%. Keadaan ini jelas menunjukkan saiz isi rumah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kemiskinan di Malaysia.
Bangsa Melayu dan Bumiputera mencatatkan penurunan insiden kemiskinan kepada 7.2% berbanding 9.7% (2016). Namun bangsa Cina dan India juga menunjukkan insiden kemiskinan yang lebih rendah berbanding 2016 dengan masing-masing merekodkan 1.4% dan 4.8%.
Insiden kemiskinan mengikut negeri pula menunjukkan Sabah mencatatkan insiden kemiskinan tertinggi iaitu 19.5% dan diikuti oleh Kelantan 12.4%, Kedah mencatatkan pengurangan kemiskinan yang ketara iaitu daripada 14.3% kepada 8.8%, diikuti Pahang daripada 9.2% kepada 4.3%.
Oleh itu, kami mempunyai beberapa solusi untuk membantu anda mencari jalan penyelesaian daripada terjebak dengan kemiskinan yang tidak terjangka. Kami akan memberi khidmat nasihat untuk menjana dan menguruskan kewangan melalui emas patuh syariah dengan cara yang betul dan selamat. Ingin tahu lebih lanjut, sila klik link di bawah :
𝐍𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍AN 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚?
𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙌𝙈 𝙬𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞

Comments
Post a Comment