Jangan Guna Duit KWSP Untuk Berniaga?

JANGAN guna duit persaraan anda untuk berniaga jika hanya nak ikut-ikut orang lain, tak ada ilmu asas bisnes yang penting dan tak ada persediaan mindset seorang usahawan. Sebabnya, berisiko tinggi untuk bisnes anda tak bertahan lama, duit itu boleh ‘lesap’ begitu saja bila labur ke bisnes salah malah boleh pula menjadi bebanan tambahan kepada anda jika tak tahu macam mana nak uruskannya. Duit yang diharapkan untuk bantu meringankan kesempitan dihadapi setelah tiada pendapatan mungkin tidak kesampaian malah boleh mendatangkan kerugian pula. Kami pasti tiada sesiapa di sini mahu situasi di atas berlaku kepada diri mereka.

Pengeluaran duit KWSP yang dibenarkan Kerajaan pasti tidak akan mencapai objektifnya jika tidak diuruskan dengan baik. Oleh itu, anda kenalah buat persediaan dulu sebelum nak buat apa-apa perkara terutama untuk berniaga. Apa-apapun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan dianggarkan seramai 2 juta ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 layak untuk memohon dibawah Program i-Sinar. Apa yang anda rancang duit KWSP nanti?

Berniaga

Dalam pada itu, kami tahu berniaga adalah salah satu cara terbaik untuk membantu kehidupan anda dengan peluang menjana pendapatan yang baik malah lebih baik lagi dengan syarat adanya ilmu, strategi dan sistem berkesan disusuli tindakan dalam bisnes itu. Berikut kami kongsikan 4 tips penting bagi mereka baru nak mula berniaga :

1. Buat research dulu

– Research dulu bisnes apa yang anda nak buat. Lihat sama ada produk atau perkhidmatan bisnes itu diperlukan orang ramai atau tidak.

2. Mulakan dengan kecil sebelum besar 

– Bagi yang baru saja nak berniaga, disarankan agar bermula dengan kecil bagi bisnes anda. Timba pengalaman dan asah kemahiran bisnes sebelum buat dengan lebih besar lagi. Contohnya, anda boleh menjadi ejen ataupun sertai dropship kepada produk atau perkhidmatan orang lain dulu. Modal yang dikeluarkan juga tidak banyak malah ada yang percuma.

3. Belajar, belajar dan belajar     

– Anda perlu belajar kerana bisnes ini bukannya mudah jika tak ada ilmu berkaitan. Usahawan yang ada ilmu lebih mudah mencapai matlamat mereka berbanding yang berniaga tanpa ilmu. Melalui ilmu bisnes yang ada, dapat elakkan seseorang itu melakukan kesilapan yang merugikan mereka.

4. Komitmen dan tindakan

–  Anda perlu berikan komitmen tinggi dan tindakan luar biasa sebagai seorang usahawan. Jika anda tak komited, jangan harap bisnes anda boleh terus berkembang dengan pantas.

Moga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak berikan anda idea dan panduan untuk membuat perancangan bagaimana menggunakan wang yang dikeluarkan daripada KWSP nanti. Bagi yang mereka yang nak berniaga, buatlah dengan jujur dan baik agar sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT.

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)

Cadangan saya, jika anda mempunyai duit KWSP, apa kata anda gandakan duit tersebut ke dalam platform fasiliti Emas Patuh Syariah Quantum Metal. Dengan cara ini, wang persaraan anda lebih utuh, selamat dan terjamin dari kalis inflasi apabila ditukarkan kepada EMAS. Sebarang pertanyaan sila klik whatsapp Emas di bawah :

𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙌𝙈 𝙬𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞

Wa.me/60176178979

𝐍𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍AN 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚? Klik link di bawah :

https://my.quantummetal.com/register?_inviteCode=qm%3a%2f%2fcustomer%2fCCC35D3C-A0B2-45AC-AB2F-0FE148637FD4

Comments

Popular posts from this blog

Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anda

Kesan Kemiskinan Dalam Hidup

Benarkah 50% Ahli KWSP Habis Simpanan Dalam 5 Tahun?