Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anda

JOM kita rancang kewangan kita, belum terlambat untuk kita membuat langkah yang betul walaupun kini sudah masuk bulan februari. Tahukah anda perancangan kewangan penting bagi memastikan kita tak berbelanja berlebihan hingga duit tak sampai hujung bulan sudah tak cukup. Daripada situlah, ada yang mula berhutang dan hutang itu pula tidak diuruskan dengan baik, pasti timbul pelbagai banyak masalah seperti dikejar pihak kewangan (bank atau along), hubungan keluarga, rakan-rakan menjadi kurang baik. Lagi teruk diisytihar muflis disebabkan tak mampu bayar hutang. Berdasarkan statistik dari tahun 2015 hingga 2019 menunjukkan 85,000 orang yang dimufliskan ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah. Adakah kita nak termasuk dalam kategori muflis?

Perancangan Kewangan Menyusahkan?

Orang ramai anggap ia menyusahkan dan menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan seperti berhibur, berbelanja barang-barang berjenama dan macam-macam lagi. Tanggapan itu salah sebenarnya, kita boleh nak berhibur atau beli barangan yang dimahukan tetapi ia perlulah mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Anda boleh berjimat dan menyimpan duit bagi membeli barangan yang dimahukan. Bukannya berbelanja melebihi kemampuan, hingga sanggup berhutang yang jika tak diuruskan dengan baik boleh menjerat diri sendiri. Apabila anda ada perancangan kewangan yang baik, anda akan mendapat ketenangan kerana mampu mengawal perbelanjaan mengikut keperluan dan kemampuan diri.

Sangat penting bagi kita untuk buat perancangan kewangan seawal baru mula bekerja lagi. Anda akan dapat melihat kedudukan kewangan pada masa sekarang dan jangkaan masa depan dan bagaimana untuk mencapainya dan apa perlu dilakukan. Di sini, saya kongsikan beberapa tips atau tertib bagi anda yang ingin membuat perancangan kewangan, yang mungkin sebelum ini anda belum pernah lakukan :

1. Kira perbelanjaan bersih

Kira gaji bersih berapa dan kira siap-siap tolak perbelanjaan bulanan macam tol pergi balik dari rumah ke tempat kerja, ansuran rumah, ansuran kereta dan insurans.

2. Asingkan bayaran bil bil utiliti dan cukai

Bil bil utiliti setiap bulan dan cukai ni boleh jadi setahun sekali. Contohnya road tax, cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan tu semua jika ada komitmen.

3. Kira hutang

Faham-fahamlah hutang ni sampai kiamat pun takkan membahagiakan kita. Dengan masa yang ada ini cepat-cepatlah kita selesaikan.

4. Kawal nafsu

Nafsu ada pelbagai, salah satu nafsu membeli belah nih memang berhantu, nak pulak duit ada ditangan, kalau tidak memang jahanam kita.

5. Buat simpanan 

Betul, simpanan memang wajib sebenarnya, tapi ramai kalangan kita tidak memeandang seirus perkara ini. Cubalah lihat kini, semua terdesak keluarkan duit KWSP demi kelangsungan hidup, padahal banyak je program simpanan yang menguntungkan diluar sana tetapi mereka tidak percaya. Program yang menipu mereka percaya pula.

6. Bersedekah 

Tiada orang jatuh miskin akibat bersedekah, itu janji Allah SWT.

7. Side income 

Pendapatan sampingan. Alaf ini kita tidak boleh bergantung pada satu perkara sahaja untuk masa depan kita. Jika ingin selesa pada masa depan buatlah pelbagai kerja demi pendapatan yang kukuh.

8. Tawakal

Banyakkan berdoa, solat dhuha moga segala nikmat yang Allah beri bertambah berkat. Kuatkan keyakinan pada Allah dan sentiasa bersangka baik pada qada' dan qadar Allah. In Shaa Allah ada bantuan Allah saat kita susah mahupun senang. 

𝐍𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍AN 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚? Klik link di bawah :

https://my.quantummetal.com/register?_inviteCode=qm%3a%2f%2fcustomer%2fCCC35D3C-A0B2-45AC-AB2F-0FE148637FD4

𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙌𝙈 𝙬𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞

Wa.me/60176178979

Comments

Popular posts from this blog

Kesan Kemiskinan Dalam Hidup

Benarkah 50% Ahli KWSP Habis Simpanan Dalam 5 Tahun?