72% Isi Rumah Bumiputera adalah Kategori B40?

TAHUKAH anda, sekitar 2.2 juta daripada 7.2 juta isi rumah rakyat Malaysia dibawah kategori B40 – dengan pendapatan RM4,000 ke bawah. Mengikut Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIS) 2019 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), daripada jumlah itu lebih separuh iaitu 72% atau 1.585 juta isi rumah dalam kategori B40 – Bottom 30% (pendapatan kurang RM4,000) merupakan Bumiputera. Ia diikuti dengan kira-kira 422,400 (19%) isi rumah Cina , 167,800 (8%) isi rumah India dan 29,000 (1%) isi rumah etnik lain.

Sementara itu, terdapat kira-kira 752,700 (52%) isi rumah Bumiputera dalam T20 atau Top 20% dengan pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM11,000 ke atas pada 2019. Diikuti 565,700 isi rumah Cina (39%), 122 600 isi rumah India (8.5%) dan 6,700 isi rumah dari etnik lain (0.5%). DoSM menggambarkan ‘jurang ekonomi yang luas antara etnik’ sebagai ‘salah satu cabaran terbesar negara’ dalam laporan HIS yang dikeluarkan pada bulan Julai lalu. Ia menyatakan bahawa pendapatan Bumiputera rata-rata jauh lebih rendah daripada kumpulan etnik lain. Ditambah dengan keadaan krisis ekonomi terburuk yang sedang kita alami sejak era the Great Depression pada sekitar 1930an, tentunya mempengaruhi dan menjejaskan sektor ekonomi di negara.

Malah berikutan pandemik Covid-19, kadar purata penggangguran mencatatkan peningkatan kepada 5.3% atau 820,000 penganggur pada Mei 2020 iaitu tertinggi sejak 1989. Tapi ia berjaya diturunkan dengan pembukaan semula ekonomi dan pelaksanaan inisiatif PRIHATIN dan PENJANA kepada 4.7% pada Ogos lalu. Bahkan, berdasarkan unjuran dikeluarkan KWSP dikatakan 2.4 juta rakyat bakal kehilangan kerja dan lebih 1.26 juta rakyat dijangka mengalami kemiskinan bagi beberapa bulan akan datang. Persoalannya, adakah keadaan ini akan terjadi dan jumlah rakyat yang masuk dalam kategori B40 – B1, B2, B3 dan B4 meningkat serta T20 menurun menjadi suatu realiti?

Justeru itu, kita semua perlu mainkan peranan masing-masing untuk buat sesuatu. Seperti menambah kemahiran dan ilmu berkaitan agar tidak ketinggalan dalam arus kemodenan khususnya dalam dunia digital dan teknologi. Banyak peluang untuk anda tingkatkan pendapatan dengan ilmu dan kemahiran tinggi ataupun anda juga boleh memulakan bisnes. Tapi, ramai orang di luar sana berpandangan bahawa untuk buat bisnes memerlukan modal yang besar sedangkan anda boleh bermula dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.

Biasa dengarkan mula apa ditangan anda yang bermaksud mula dengan apa yang dimiliki atau mampu. Bila sudah dapat rentak, baru anda boleh berkembang lagi ditambah dengan ilmu, strategi dan bimbingan daripada mentor anda. Bagi yang akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) nanti, duit tambahan ini perlulah digunakan sebaik-baiknya, untuk diri dan keluarga anda. Mereka yang tidak bekerja juga boleh jana pendapatan, bagi yang telah bekerja pun boleh tingkatkan pendapatan hasil bisnes sampingan yang dijalankan. Bagi usahawan, mereka boleh bantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan baru dengan bantuan dan insentif diberikan Kerajaan untuk mengembangkan bisnes lagi.

Apap-apapun semua itu, alaf ini, kita perlu beralih ke sistem kewangan yang mampan dan selamat, serta kalis inflasi seperti EMAS. Saya sudah berhijrah dari duit fiat ke emas. In sha Allah, saya sedia membantu anda keluar dari sengsara perangkap duit fiat dengan satu fasiliti emas yang tiada di tempat lain melainkan Quantum Metal (QM)...

𝐍𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍AN 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚? Klik link di bawah :

https://my.quantummetal.com/register?_inviteCode=qm%3a%2f%2fcustomer%2fCCC35D3C-A0B2-45AC-AB2F-0FE148637FD4

𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙌𝙈 𝙬𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞

Wa.me/60176178979

Comments

Popular posts from this blog

Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anda

Kesan Kemiskinan Dalam Hidup

Benarkah 50% Ahli KWSP Habis Simpanan Dalam 5 Tahun?