Emas Disebut Sebanyak 8 Kali Dalam Al Quran?

Assalamualaikum, Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...

Kenapa kita kena memiliki EMAS? seperti sebelumnya kita sudah mengetahui beberapa info yang disampaikan iaitu emas adalah kalis inflasi, instrumen kewangan, nilainya tinggi, aset mudah di cair di tukar kepada tunai dan lain lain lagi...

Oleh kerana hari ini hari jumaat penghulu segala hari, barakah dan rahmat, saya kongsikan fakta tentang emas dari sudut pandangan Islam... Tahukah anda, emas beberapa kali di sebutkan dalam Al Quran... Jadi saya kongsikan 8 ayat Al Quran kenapa kita perlu mengambil manfaat dengan emas :-

#1 - Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang- binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."

(Surah Ali-Imran : 14)


#2 - Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun."

(Surah Ali-Imran : 91)

 

#3 - Emas Sebagai Simpanan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(Surah at-Taubah : 34)

 

#4 - Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik- baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya."

(Surah al-Kahfi: 31)

 

#5 - Perhiasan Bagi Orang Mukmin

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera."

(Surah al-Hijr: 23)

 

#6 - Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"(Balasan mereka ialah) syurga- syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."

(Surah Fatir: 33)

 

#7 - Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”

(Surah az-Zukhruf: 53)

 

#8 - Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Diedarkan kepada mereka pinggan- pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): 'Kamu adalah tetap kekal di dalamnya'."

(Surah az-Zukhruf: 71)

 

Daripada 8 dalil Al Quran itu, antaranya Allah menyatakan emas merupakan Barang Tukaran Paling Bernilai, Emas Simpanan Sebenar & Emas Lambang, Bukti Kekayaan Sebenar!, jadi benarlah apa yang sedang kita kerjakan sekarang... Semoga perkongsian ini memberi motivasi dan manfaat kepada kita semua... Dapat sesuatu? Kongsikan pada yang lain 🙏- A.E

𝐍𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍AN 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚? Klik link di bawah :

https://my.quantummetal.com/register?_inviteCode=qm%3a%2f%2fcustomer%2fCCC35D3C-A0B2-45AC-AB2F-0FE148637FD4

𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙚𝙩𝙖𝙞𝙡𝙨 𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝙌𝙈 𝙬𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙣𝙞

Wa.me/60176178979

Comments

Popular posts from this blog

Rancang Kewangan Demi Masa Depan Anda

Kesan Kemiskinan Dalam Hidup

Benarkah 50% Ahli KWSP Habis Simpanan Dalam 5 Tahun?